Friday 7 February 2014

10 PERSEDIAAN PENYUSUAN



10 Persediaan Jayakan Penyusuan Susu Ibu

Ramai wanita hamil menganggap penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi. Hakikatnya, ia perlu dipelajari.  Dikhuatiri tanpa adanya ilmu yang mencukupi, anda berkemungkinan gagal mencapai sasaran dan matlamat penyusuan yang dikehendaki. Berikut dikongsikan 10 langkah-langkah persediaan bagi membantu anda menjayakan misi penyusuan susu ibu.

1. Niat dan Azam
Niat dan azam yang ditanam tidak akan goyah jika anda mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu yang lengkap.  Segala cabaran dapat diatasi kelak kerana anda lebih mengutamakan niat dan azam melebihi yang lain.

2. Cari Maklumat
Salah satu konsep asas yang perlu anda ketahui ialah semakin kerap payu dara dikosongkan, semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan.  Tambahkan ilmu dengan mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, laman web, blog, forum, kaunselor laktasi bertauliah dan berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang berjaya menjayakan misi penyusuan mereka.

3. Amal Pemakanan Sihat
Pastikan anda makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.  Selang seli waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat.  Dalam masa yang sama pastikan menu anda mengandungi protein, kalsium, vitamin diambil dalam kadar seimbang.  Dengan pengambilan multivitamin Vitalea dan Ostematrix amat membantu ibu-ibu yang menyusukan mendapatkan khasiat bagi memenuhi keperluan tubuh untuk menghasilkan susu ibu yang bekualiti. 

4. Kelas Penyusuan Susu Ibu
Anda boleh memilih kelas penyusuan di hospital atau klinik kerajaan yang sering diadakan secara percuma.  Selain daripada itu, anda juga boleh memilih kelas berbayar di mana kebanyakannya dikendalikan oleh kaunselor lakstasi bertauliah.

5. Hospital Bersalin Pilihan
Hal ini perlu dititkberatkan kerana Hospital Rakan Bayi akan menyokong sepenuhnya usaha anda untuk menyusukan bayi secara eksklusif.  Anda juga boleh berbincang dengan doktor yang memeriksa kehamilan anda tentang keinginan anda menyusukan bayi sebaik kelahirannya nanti.

6. Dapatkan Sokongan
Kongsi niat anda untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu bersama suami, ahli keluarga dan rakan-rakan.  Oleh itu, banyakkan berbincang tentang perancangan yang bakal dilakukan dan pada masa yang sama, bersama-sama lengkapkan ilmu agar semua sedar peranan masing-masing dalam membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu.

7. Kelengkapan Penyusuan Susu Ibu
Langkah melengkapkan semua peralatan yang diperlukan untuk membantu anda menyusukan bayi dengan lancar perlu disediakan sebaik-baiknya.  Antara kelengkapan tersebut termasuklah coli penyusuan, pelapik payu dara, nursing cover dan sebagainya. Bagi yang bekerjaya, anda perlu sediakan pam payudara, bekas penyimpanan susu ibu, cooler bag, ice pack dan sebagainya.

8. Kebersihan Puting
Pada trimester akhir kehamilan, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk kerap membersihkan puting payudara.  Setiap kali mandi, cuci puting dengan menggunakan tuala muka kecil yang direndam di dalam air suam terlebih dahulu.  Sewaktu mencuci elakkan penggunaan sabun.  Apabila puting dibersihkan, ia tidak lagi tersumbat dan memudahkan pengaliran kolostrum buat pertama kali selepas bayi dilahirkan.

9. Kenali Payudara
Mengenali payudara sendiri adalah penting agar anda dapat mengetahui rupa bentuknya. Jika ia tenggelam, sejak dar awal anda dapat mengambil langkah penyelesaian masalah.  Bagi mengenalpasti payudara adalah normal atau tenggelam, apa yang perlu anda lakukan ilah menekan puting payudara dengan tapak tangan selama dua minit, kemudian lepaskan.  Jika puting kembali seperti biasa, itu bererti payudara anda normal.  Jika tiada apa-apa perubahan selepas lama menunggu, itu bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam.  Namun demikian, anda boleh menggunakan nipple shield bagi membantu anda yang mengalami masalah puting tenggelam.  

10. Yakin Diri Sendiri
Sentiasa percaya pada diri sendiri bahawa anda mampu menyusukan bayi selepas dia lahir.  Pedulikan kata-kata negatif yang boleh mengganggu usaha anda.  Ingat selalu bahawa pengeluaran susu ibu adalah berasaskan konsep permintaan dan penawaran.  jadi, keraplah susukan bayi dan sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda cukup untuk kerperluan anak anda.  Think positive.

Berminat untuk mendapatkan Set Penyusan Shaklee boleh tinggalkan komen anda dibawah atau pm sy di www.fb.com/messages/Sayanaksihatdancantik atau SMS?Whatsapp ke talian 017-328 9131.  Saya sentiasa membantu anda










Rauidah Rahmat
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 912786




 

Designed By Izza sakura