Thursday 27 March 2014

APA ITU HEALING CRISIS?

KRISIS PENYEMBUHAN ATAU HEALING CRISIS




Sesetengah orang akan melalui satu jangka masa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary atau makanan tambahan.  Simpton-Simpton ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak.  Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita.  Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen yang diambil, maka disitulah terjadi krisis pemulihan atau Healing Crisis.  

Sewaktu jangka masa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh tubuh badan akan timbul kembali.  Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari.  Walau bagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lama untuk pulih.


Persoalannya..kenapa keadaan ini terjadi? Jawapannya ialah..


Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama (sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan). 
   
Selain itu, supplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun badan, kebolehan detokfikasi serta pengawalan organ-organ dalam badan. Ini menunjukkan sistem badan kita mula bekerja dan menjana sel-sel baru dalam tubuh.  


Oleh itu, dalam tempoh detoksifikasi ini, kita mungkin mengalami simpton-simpton yang membuatkan anda kurang selesa.  Simpton-simpton ini adalah berbeza antara setiap individu.  Tanda-tanda jika anda mengalami krisis pemulihan adalah seperti berikut:

  • pening
  • kelesuan/keletihan
  • sakit kepala
  • ketidakhadaman (perut kembung, lapar)
  • cirit birit
  • kahak berlebihan
  • warna air kencing yang keruh atau bewarna kekuningan (terutama yang mengambil B Complex)
  • berasa hangat
  • berpeluh

Apa yang perlu dibuat sepanjang tempoh Healing Crisis ini?



Semasa tempoh krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih (sekurang-kurangnya 3 liter sehari), dapatkan rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan.


Selagi mana kita memahami ini adalah simpton pemulihan, kita akan mudah melalui fasa pemulihan ini.


Dapatkan bantuan daripada saya, sekiranya anda mengalami simpton healing crisis selepas mengambil supplemen shaklee..






Your Trusted Shaklee DistributorRauidah Rahmat (912786)017-3289131


Wednesday 26 March 2014

RAHSIA KEKAL MUDA SECARA SEMULAJADI

RAHSIA KEKAL MUDA SECARA SEMULAJADI



 Tentu ramai wanita atau lelaki di luar sana ingin kelihatan muda kan...sape tak nampak nampak muda walaupun umur dah separuh abad..ye tak...
Setahun yang lalu, Shaklee memperkenalkan VIVIX yang merupakan produk suplemen revolusional penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada yahap selular. Dalam kajian makmal yang dilakukan oleh Shaklee ramuan VIVIX telah menunjukkan memberi impak kepada empat mekanisma utama pada tahap selular.



Keratan Akhbar mengenai VIVIX Shaklee di Utusan Malaysia. Secara ringkasnya VIVIX dapat:





Melindungi dan membaiki selular DNA
Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
Menggalakkan biogenesis (pembetukan bari mitochondria)
Melambatkan pemberntukan protein AGE (Advanced Glycation End Products Selain itu, VIVIX juga
menolong, membantu, menjaga dan memelihara:


Kesihatan Jantung
Kesihatan Otak
Kesihatan Sistem Imun
Kesiharan Sendi
Perlindungan Antioksidan
peningkatan tenaga pada tahap selular





Nak kulit cantik, mulus dan gebu macam ayu raudhah..boleh cuba VIVIX Shaklee...tak perlu nak suntik juz minum sahaja untuk dapatkan kulit yang cantik dan menawan...

Pasti ramai yang nak tahu harga VIVIX Shaklee ni kan...Ok, harga pasaran VIVIX adalah RM475.00 sahaja dan sebotol tahan 2 bulan.

Harga : RM475.00 @ tahan 2 bulan
Kos Sebulan: RM237.50
Kos Sehari@sesudu VIVIX: RM7.90

Sehari@ Sesudu VIVIX hanya RM7.90 sahaja...sangat berbaloi2 ok...Jika anda berminat untuk mencuba VIVIX boleh call/whatsapp saya di 017-389131.

Monday 17 March 2014

5 TIPS BANYAKKAN SUSU

5 Tips Banyakkan Susu Badan Dengan Pantas!

Apa khabar ibu-ibu cantik semua.  Di sini saya ingin kongsikan 5 tips yang saya sendiri amalkan dan terbukti berjaya untuk memperbanyakkan susu badan terutama bagi ibu-ibu yang berkerjaya.  Diharapkan dengan perkongsian ini akan memberi manfaat dan panduan kepada ibu-ibu semua  agar dapat meneruskan hasrat murni untuk menyusukan anak anda sehingga berumur dua (2) tahun.

1. Perah (Pam) Secara Kerap dan Konsisten



Perkara paling asas untuk memastikan susu badan kembali meriah dan mencurah-curah adalah dengan kekerapan sesi pengepaman susu.  Sebaiknya pam susu setiap 2-3 jam sekali.  Lagi bagus jika anak kerap menyusu dan direct feeding.  Adalah satu kebiasaan jika masa awal mula-mula pam hanya sedikit sahaja susu yang keluar.  Jangan putus asa, teruskan pam secara konsisten.  InsyaAllaah, anda akan dapat hasil yang memuaskan. 

Dalam penyusuan ini, anda harus faham tentang konsep "Supply and Demand" .  

Demand = kekerapan bayi menyusu atau kekerapan ibu mengepam susu
Supply = kuantiti susu yang dihasilkan oleh ibu

Tips : Semakin kerap bayi menyusu atau semakin kerap sesi mengepam, maka semakin banyak susu dapat dihasilkan.

2. Minum Air Sekurang-kurangnya 3 Liter Sehari



Komponen utama susu badan adalah AIR.  Jadi, kalau ibu pun tak cukup air, macam mana susu nak cukup kan?

Lagi satu, sebaliknya anda banyakkan minum air kosongataupun susu kerana air yang manis akan menyerap cecair dalam tubuh kita dan boleh menyebabkan dehidrasi.  Apabila ibu kekurangan air dalam badan akan menyebabkan ibu cepat letih dan stress.  Oleh itu, perlu minum air secukupnya.  Bagi ibu-ibu yang bekerja disarankan membawa botol air ke pejabat.  Oleh yang demikian, ibu-ibu akan dapat mengetahui berapa liter air sehari yang telah diminum.  Mudah kan.

Tips: Bawa botol air ke pejabat bagi mengetahui jumlah liter air sehari yang telah diminum.

3. Jangan Skip Makan




Untuk menghasilkan susu yang penuh nutrisi, ibu-ibu haruslah pastikan tak skip waktu sarapan, lunch ataupun dinner.  Badan anda memerlukan nutrisi untuk menghasilkan susu yang berkhasiat untuk anak anda.  Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan susu terganggu.   Lagipun, jika anda membiarkan perut anda kosong akan menyebabkan perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan bayi anda kembung.  Jadi, amatlah penting ibu-ibu yang menyusu untuk makan mengikut waktu yang ditetapkan.   

Selain itu, anda boleh mengunyah dan mengambil makanan seperti kacang, kismis, biskut gandum dan roti gandum sebagai snek sihat anda.  

Tips: Sentiasa ada bekalan roti atau biskut didalam beg atau laci meja pejabat anda supaya anda boleh mengisi perut apabila terasa lapar.


4. Sentiasa Ceria dan Senyum Selalu




Aliran susu hanya akan lancar  apabila anda tenang dan ceria.  Kalau anda selalu sangat stress, kelam kabut dan serabut, memang penghasilan susu akan terbantut.  Antara tips untuk memastikan susu banyak ketika pam ialah dengan menatap gambar anak anda.  Tidak kiralah sama ada di handphone atau di koputer pejabat anda.  

Tips: Vitamin B-Complex boleh membantu meransang penghasilan hormon serotonin iaitu sejenis hormon 'ceria'.

5. Amalkan Suplemen Seperti Set Penyusuan Shaklee

Suplemen seperti Set Penyusuan Shaklee boleh membantu ibu membanyakkan susu badan.  Ia telah terbukti dan membantu ramai ibu-ibu yang menghadapi masalah susu merudum, termasuklah saya sendiri.

Set Penyusuan Shaklee terdiri daripada 6 Supleman yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan masalah penyusuan yang dihadapi.  Set penyusuan ini juga boleh disesuaikan mengikut bajet dan keperluan anda.

Kandungan Set Penyusuan Shaklee




i. ESP (Energizing Soy Protein)

ESP merupakan minuman soya yang kaya dengan kadnungan protein. ESP jua merupakan salah satu produk Shaklee yang paling tinggi permintaan (High Demand) dikalangan ibu-ibu yang menyusukan.

3 keistimewaan ESP yang sangat popular dikalangan ibu-ibu yang breastfeed ialah:
  • Susu badan bertambah dan semakin meriah (kebiasaanya susu akan menjadi semakin pekat kerana kandungan protein yang tinggi dan bayi pun cepat kenyang dan x bergayut lama).
  • Rasa cergas dan bertenaga sepanjang hari.  Energetic gitu..
  • Bonus yg paling best jika amalkan ESP ialah kulit semakin gebu, licin dan lebih anjal.

ii. Vitalea (Iron Formulated Multivitamin)

Kalau anda ibu yang bekerja, mesti anda selalu makan diluar atau beli makanan di luar kan?
Kebanyakkan makanan yang dibeli dan dimakan di kedai merupakan makanan yg kekurangan nutrisi. Kenapa?Mungkin disebabkan cara penyediaan dan cara masakan yang menyebabkan nutrisi makanan hilang atau terhapus oleh kaedah tersebut.  Oleh itu, dengan pengambilan Vitalea memainkan peranan bagi ibu yang menyusukan dan bekerjaya.

Vitalea merupakan sejenis multivitamin yang pertama dicipta di dunia.  Ia merupakan sejenis multivitamin yang akan membantu untuk top up kekurangan nutrisi anda.  Kesannya, anda akan rasa lebih bertenaga dan sekaligus dapat menghasilkan susu yang banyak.

iii. B Complex

Adalah lumrah seorang wanita akan mengalami mood swing, bad mood dan emosi yang tidak terkawal lebih-lebih lagi jika hendak period kerana perubahan hormon.  Bila stress, susu yang keluar pun sedikit jer...Lagilah stress kan..Betul x?

Biasanya apa yang orang perempuan suka makan bila stress? Coklat kan..

Mengapa Coklat? Ini kerana bila makan coklat akan rasa 'lega' sikit.  Kenapa Coklat? Coklat membantu penghasilan hormon serotonin yang menjadikan kita lebih relax dan ceria.

B Complex juga mmpunyai kesan yang sama seperti coklat.  Dengan pengambilan B Complex anda akan rasa lebih tenang dan relax.  Jadi, pengeluaran susu akan semakin lancar.  B Complex juga berperanan menukarkan gula kepada tenaga.  Jadi, walaupun menyusu badan still maintain slim dan comel gitu...

iv. Vitamin C Sustained Release

Salah satu faktor susu kurang adalah disebabkan oleh kelenjar susu yang terluka.  Ini boleh terjadi kerana kekerapan baby menyusu, hisapan baby yang kuat (terutama baby lelaki) dan keadaan ibu yang terlalu stress.  Oleh yang demikian, Vitamin C boleh membantu anda untuk mengelakkan kelenjar susu anda luka. Kalau dah luka, Vitamin C boleh membantu merawat dan mempercepatkan proses penyembuhan luka tersebut.

v. Alfalfa Complex

Alfalfa adalah sejenis herba yang mempunyai 1001 khasiat.  Memang superblah Alfalfa ini...Secara ringkasnya keistimewaan Alfalfa kepada anda ialah:

  • Milk Booster ...biasanya dalam 2-3 hari anda dah boleh rasa perbezaannya;
  • Perapat bahagian Intim wanita (macam kacip fatimah gitu...)tapi yang ini lagi power rasanya..sendiri kena cuba baru tau...
  • Menghilangkan keputihan dan bau yang kurang menyenangkan di "Mis V"
  • Sebagai detox & menghilangkan bau badan

vi. Ostematrix (bukan sekadar kalsium)

Kebanyakkan ibu yang menyusu akan mengalami masalah susu berkurang semasa period.  Ini terjadi kerana badan memerlukan kalsium yang banyak bagi menggantikan darah yang keluar semasa period.  Justeru itu, untuk membantu badan menghasilkan darah, anda boleh mengamalkan Ostematrix yang merupakan supplemen kalsium dan magnesium.

Selain itu, dengan pengambilan Ostematrix yang konsisten akan membantu anda mengatasi masalah kerapuhan gigi, masalah sembelit dan membantu mendapat tidur yang lena dan berkualiti.  


Secara ringkasnya, Set Penyusuan Shaklee ini saya bahagikan mengikut bajet dan kesesuaian anda seperti jadual berikut:


Jika anda ada pertanyaan atau kemuskilan berkaitan Set Penyusuan Shaklee ini, anda boleh hubungi saya disini:


@ Whatsapp 017-3289131





amirahvitashop@gmail.com
 

Designed By Izza sakura