Thursday 3 July 2014

UBAN DI USIA MUDA?


Uban bukan lagi dikaitkan dengan proses penuaan walaupun sebelum ini hanya mereka yang berusia saja mempunyainya.  Walaupun mewarnakan rambut adalah salah satu alternatif bagi mereka yang beruban, tapi puncanya perlu diketahui dan ditangani.  

Kajian yang dijalankan mendapati kepadatan warna rambut ditentukan oleh jumlah melanin yang dihasilkan oleh badan.  Biasanya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, melanin boleh dihasilkan dengan jumlah yang banyak.  Namun apabila umur semakin meningkat, kebolehan semulajadi untuk menghasilkan melanin mula berkurangan dan akhirnya kepala akan dipenuhi uban.  

Punca rambut beruban yang paling utama adalah faktor genetik, iaitu ia diwarisi daripada ibu bapa.  Selain itu, rambut beruban juga boleh disebabkan oleh kurangnyza zat besi dan zink atau pengambilan ubat-ubatan.

Menurut Pakar Runding Dermatologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Guru Ratnavelu, uban yang muncul pada usia muda biasanya disebebkan oleh faktor nutrisi yang tidak seimbang.  

"Nutrisi tidak seimbang seperti pengambilan makanan segera secara kerap boleh menyebabkan pengeluaran pigmen pewarna rambut yang dinamakan 'melamin' terbantut.  Pigmen berkenaan dihasilkan oleh sel tubuh yang dikenali sebagai melanosit dan rambut menjadi putih kerana melanosit tidak lagi menghasilkan melamin.  Biasanya pengeluaran pigmen yang terhenti hanya bersifat sementara bagi mereka kekurangan nutrisi.  Jika mendapat nutrisi yang seimbang, secara automatik, pengeluaran pigmen akan kembali normal dan rambut putih akan hilang dengan sendirinya dan kembali menjadi hitam."   

 Tahukah anda bahawa kekurangan vitamin B juga adalah punca kepada tumbuhnya uban pada rambut kerana vitamin B adalah sumber penting kepada kesihatan rambut.  Justeru itu, Vitamin B Complex Shaklee amat membantu dalam mengatasi masalah rambut beruban.  Ini kerana, vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan ada 8 jenis dan 5 jenis daripadanya adalah untuk rambut:
  • Vitamin B3 (Niasin) - ia berguna untuk memperbaiki aliran darah pada kulit kepala
  • Vitamin B5 (Pantotenik) - jika tidak mahu rambut beruban inilah nutrisnya selain untuk mengatasi rambut gugur
  • Vitamin B6 (Piridoksin) - untuk mengelak rambut dari gugur dan penghasilan melamin untuk elak rambut dari beruban
  • Vitamin B12 (Sinokobalamin) - mengatasi masalah rambut gugur.
  • Bitotin digunakan untuk menghasilkan keratin dan mengatasi keguguran rambut.  Ia juga membantu mengelakkan rambut dari beruban.

Best Regards,
Rauidah Rahmat
017-3289131
amirahvitashop@gmail.com
FB Page:Saya Nak Sihat dan Cantik



 

Designed By Izza sakura