Sejarah Shaklee





Selamat  Datang ke Shaklee...Sudah semestinya ramai yang tertanya-tanya pengasas produk kesihatan yang semakin famous pada hari ini.  

Untuk makluman semua, Shaklee diasas oleh Dr. Forrest C. Shaklee yang bertapak selama 5 dekad di pasaran.  Syarikat Shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung di dunia.



Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta "vitalized minerals" iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia.  Seterusnya, pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan lansung pertama di dunia.  Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor industri nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keutungan kepada para pengedar.



Tatkala ramai orang dan syarikat lain membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, Shaklee melaburkan berbilion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang Shaklee.  Ditambah pula dengan jutaan ringgit yang dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee.


Syarikat Shaklee meneruskan kesinambungannya di dalam menerajui kepercayaan bahawa kesihatan dan kebahagiaan manusia sebagai sandaran utama kepada pembinaan dan pembentukan kehidupan dunia yang lebih baik.



Sijil Halal Produk Shaklee

Mungkin ada diantara anda di luar sana yang masih ragu-ragu sama ada produk Shaklee halal atau tidak.  Ini adalah kerana sijil halal Shaklee tidak cukup menyakinkan anda kerana bukan sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM.  


Untuk pengetahuan semua, Sijil Halal Shaklee dikeluarkan oleh ISA (Islamic Service of America) yang diperakui oleh JAKIM.  JAKIM adalah badan yang antaranya membuat pengesahan dan mengeluarkan Sijil Halal untuk produk-produk tempatan (Malaysia). Selain daripada itu, JAKIM juga membuat pengesahan terhadap produk-produk luar negara yang telah mendapat pengesahan halal dari badan halal di negara masing-masing.


Oleh itu, segala bahan dalam produk tersebut sudah dijamin halal dan gunakanlan tanpa was-was.  Semoga kita akan terus menjaga diri dari unsur haram yang mana menghalang doa dikabulkan, serta menghijab hati dari kebenaran. 



No comments:

Post a Comment

 

Designed By Izza sakura