Tuesday 17 June 2014

TIPS UNTUK MAMA TANGANI ANAK TANTRUM



Anak anda seduah mula menunjukkan perubahan emosi.  Menginjak ke usia satu hingga dua tahun ini, anak mula menunjukkan perkembangan emosinya ada kalanya di luar kawalan dan anda sebagai ibu bapa harus bijak dan sabar dalam menghadapi situasi ini.

Sebagai seorang ibu seharusnya perlu memahami apa yang sedang berlaku di dalam diri anak yang tertalu kecil untuk mengawal perasaan sendiri.  Banyak perkataan yang digunakan bagi mendefinisikan keadaan ini seperti berguling, menggigit atau mencubit anda, menjerit dan mengamuk, di mana situasi ini memang sangat-sangat menguji kesabaran ibu dan ayah.  Bersedialah dari segi mental dan fizikal untuk menempuhinya.

Di sini, saya sertakan beberapa info emosi anak yang mama wajib tahu:

  • Tantrum adalah salah satu tanda perkembangannya untuk berdikari dan belajar pada satu hingga dua tahun;
  • Jika dia mula menunjukkan perubahan emosi yang tidak baik, cuba abaikan atau buat-buat tidak nampak sekurang-kurangnya dua minit.  Lama-kelamaan amuknya akan terbantut dan hilang;
  • Elakkan daripada perkara-perkara yang membuatkan dia mengamuk;
  • Mama dan papa cubalah bertenang!
  • Jauhkan objek tajam atau berbahaya apabila anda mengagak dia akan mengamuk;
  • Pantau dan jangan tinggalkan dia seorang diri ketiak dia sedang tantrum;
  • Ada kalanya luahan kemarahan si manja disebabkan oleh si manja anda mahukan perhatian daripada anda;
  • Usah melabel seperti menggelar anak dengan perkataan "si budak teruk" atau "budak manja terlebih" ekoran daripada perbuatannya itu;
  • Jangan memukul atau membalas perbuatannya.  Jadilah ibu dan ayah yang rasional sebaik mungkin.  Anak anda ibarat sehelai "kain putih" yang sedang melalui fasa baru dalam hidupnya;
  • Dengarlah pendapat si manja anda.  Pastikan dia tidak kelapran atau mengantuk.  Ketahuilah, tidak cukup tidur dan lapar adalah punca emosi si kecil anda merudum.
Ok, di antara tips-tips yang boleh mama amalkan jika si comel anda Tantrum:
  • Apabila si manja sedang meluahkan rasa marah, elakkan daripada memarahi si manja dengan menjerit kepadanya semula;
  • Cuba gunakan lawak jenaka atau kata-kata lucu dalam meredakan mood tidak baik yang sedang dialaminya ketika itu;
  • Tunjukkan kasih sayang walaupun dalam apa keadaan sekali pun.  Jangan hanya menyayanginya semasa dia membuat sesuatu yang baik sahaja;
  • Bnatu dia meluahkan emosi marahnya dengan memperakui perasannya itu;
  • Tunjukkan cara bagaimana untuk mengawal kemarahan menerusi amalan yang dilakukan olehnya sendiri.


  

No comments:

Post a Comment

 

Designed By Izza sakura