Thursday 27 March 2014

APA ITU HEALING CRISIS?

KRISIS PENYEMBUHAN ATAU HEALING CRISIS




Sesetengah orang akan melalui satu jangka masa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary atau makanan tambahan.  Simpton-Simpton ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak.  Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita.  Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen yang diambil, maka disitulah terjadi krisis pemulihan atau Healing Crisis.  

Sewaktu jangka masa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh tubuh badan akan timbul kembali.  Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari.  Walau bagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lama untuk pulih.


Persoalannya..kenapa keadaan ini terjadi? Jawapannya ialah..


Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama (sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan). 
   
Selain itu, supplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun badan, kebolehan detokfikasi serta pengawalan organ-organ dalam badan. Ini menunjukkan sistem badan kita mula bekerja dan menjana sel-sel baru dalam tubuh.  


Oleh itu, dalam tempoh detoksifikasi ini, kita mungkin mengalami simpton-simpton yang membuatkan anda kurang selesa.  Simpton-simpton ini adalah berbeza antara setiap individu.  Tanda-tanda jika anda mengalami krisis pemulihan adalah seperti berikut:

  • pening
  • kelesuan/keletihan
  • sakit kepala
  • ketidakhadaman (perut kembung, lapar)
  • cirit birit
  • kahak berlebihan
  • warna air kencing yang keruh atau bewarna kekuningan (terutama yang mengambil B Complex)
  • berasa hangat
  • berpeluh

Apa yang perlu dibuat sepanjang tempoh Healing Crisis ini?



Semasa tempoh krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih (sekurang-kurangnya 3 liter sehari), dapatkan rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan.


Selagi mana kita memahami ini adalah simpton pemulihan, kita akan mudah melalui fasa pemulihan ini.


Dapatkan bantuan daripada saya, sekiranya anda mengalami simpton healing crisis selepas mengambil supplemen shaklee..






Your Trusted Shaklee DistributorRauidah Rahmat (912786)017-3289131


No comments:

Post a Comment

 

Designed By Izza sakura