Thursday 15 May 2014

PELUANG UNTUK MENIMANG CAHAYA MATA

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga sudah semestinya menginzikan zuriat sebagai penyambung keturunan.  Namun, tidak semua pasangan merasa bertuah kerana telah dikurniakan zuriat. Terdapat juga pasangan yang berusaha untuk berubat dan mencuba pelbagai produk kesihatan bagi membolehkan mereka dikurniakan zuriat.  Tetapi, ketentuan Allah tiada siapa boleh menidakkan sekiranya belum dikurniakan zuriat asalkan telah berusaha, berdoa, yakin dan tawakal kepadaNya.

Seiring dengan perkembangan teknologi pada hari ini, pelbagai kaedah perubatan alternatif sama ada moden atau tradisional yang boleh diusahakan bagi mendapatkan zuriat.  

Di sini saya ingin kongsikan kepada anda tentang teknik perubatan moden untuk mendapatkan zuriat dan menjadi pilihan utama pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.  Pernah dengar tak dengan teknik In Vitro Fertilization (IVF) atau lebih sinonim dengan panggilan Bayi Tabung Uji.

APA ITU IN VITRO FERTILIZATION ATAU IVF?

IVF adalah proses meningkatkan peluang kehamilan dengan bantuan teknologi di mana telur akan disenyawakan dengan sperma secara manual di dalam tabung uji makmal.

Setelah embrio terhasil, embrio tersebut akan dimasukkan ke dalam rahim melalui tiub.  Bagi memudahkan pemahaman tentang IVF boleh rujuk seperti gambarajah dibawah:


Namun demikian, kadar atau peratusan kejayaan teknik IVF ini adalah bergantung kepada faktor umur seseorang wanita.  Secara ringkasnya, kadar kejayaan IVF mengikut umur adalah seperti berikut:

Umur
(Tahun)
Peratusan
(%)
< 35
30-35%
< 35-37
25%
< 38-40
15-20%
< 40 dan ke atas
6-10%







Untuk maklumat lanjut boleh baca artikel

Tetapi, sebagaimana kita semua maklum bahawa teknologi ini memerlukan perbelanjaan yang sangat besar dan peratusan kejayaan adalah sedikit.  Namun demikian, pasangan yang masih mencuba untuk mendapatkan zuriat tidak seharusnya berputus asa dan cepat mengalah dengan keadaan.

Selain daripada rawatan perubatan moden, pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat dicadangkan untuk mengambil supplemen atau makanan tambahan.  Kenapa perlu suplemen? Penting ker supplemen ini?

Ya, supplemen sangat penting bagi menjadikan tubuh badan kita lebih sihat dan kekal cergas bertenaga.  Tubuh badan kita sememangnya memerlukan supplemen kerana pada masa kini kita lebih terdedah kepada radikal bebas seperti pencemaran udara dan air, sinaran UV, bahan pengawet yang terdapat dalam makanan, suka mengambil makanan segera, cara makanan tersebut dimasak dan sebagainya.

Disebabkan tubuh badan kita terdedah kepada sumber-sumber di atas, kandungan nutrien atau zat dalam makanan akan hilang.  Oleh sebab itu, kita memang perlukan supplemen untuk menggantikan nutrien dan zat yang telah hilang tadi.

Apa kepentingan supplemen untuk mendapatkan zuriat?
Setiap supplemen ade mempunyai kepentingan dan fungsi tersendiri.  Oleh itu, saya cadangkan beberapa supplemen Shaklee yang penting dengan untuk meningkatkan kesuburan dan membantu setiap pasangan mendapatkan zuriat.

1. Vitalea 
  • Kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh Vitamin A.  Jadi, untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan Mutiminarel.  Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan minarel yang diperlukan oleh kita setiap hari, bagi memastikan kesihatan tubuh badan berada pada tahao optimum. 
  • Mangan dan Magnesium yang terdapat dalam Vitalea Shaklee membantu ereksi bagi lelaki.  Dalam Vitalea juga terdapat iron dan acid folic, yang penting untuk wanita sebagai persediaan untuk hamil.
2. B Complex
  • Vitamin-vitamin seperti B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukarkan makanan kepada tenaga) bagi memastikan kita kekal cergas, ceria dan bertenaga. Ini penting bagi pasangan yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama suami/isteri.
  • Manakala Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma bagi suami.
  • Kandungan Asd Folic yang terdapat dalam B Complex juga sebagai persediaan wanita untuk hamil bagi mengelakkan kecacatan bayi dan mengalami spina bifida sekiranya disahkan hamil nanti :-)
3. Vita C
  • Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel bagi lelaki dan wanita.  Ia juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat.  Sperma yang tidak sihat akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
4. Vita E & Selenium
  • Bekerja bersama-sama dengan Vitamin C sebagai anti oksidan.  Radikal bebas dalam tubuh badan mampu merosakkan sperma dan ovum.  Jadi, bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil Vitamin E dalam kadar yang mencukupi.  Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, mampu untuk membantu pergerakan sperma agar bergerak lebih pantas dan tangkas ke sasaran (Ovum).
5. Zinc Complex
  • Membantu meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.  Kuantiti bilangan sperma amat penting dalam proses persenyawaan.
6. Gla Complex
  • Membantu wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur.  Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur.  Namun, tidak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya begitu 'subur'.  
  • Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.  
  • Cecair putih ini juga membantu supaya sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.
7. Alfalfa Complex
  • Membantu wanita untuk mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.  Selain itu, membantu merapatkan vagina supaya dapat mencapai kepuasan yang maksimum.

Walau bagaimanapun, ini merupakan antara usaha yang boleh dibuat dalam mendapatkan zuriat.  Selebihnya kita berserah dan bertawakal kepada Allah semoga dipermudahkan dan diberkati usaha ini.. :-)

Saya sertakan testimoni pasangan yang telah berjaya hamil setelah mengamalkan secara konsisten supplemen shaklee ini.


Jika anda berminat untuk mencuba set kesuburan shaklee ini sebagai salah satu usaha anda untuk mendapatkan zuriat, bolehlah hubungi saya:
iR Rauidah Rahmat
Shaklee ID:912786
017-3289131





No comments:

Post a Comment

 

Designed By Izza sakura